7 Cara Mendorong Anak Menjadi Lebih Bijak
Ibu
Bapa Harus Lakukan 7 Perkara Ini Untuk Mendorong Anak Menjadi Lebih Bijak
Percaya Dengan Anak
Beri kebebasan untuk anak kecil mencari penyelesaian sendiri. Apabila kita membiarkan mereka keluar daripada sesuatu kesulitan dengan usaha sendiri, anak akan lebih tinggi keyakinan diri dan lebih cekal. Ibu bapa usah terlalu mengharapkan segalanya sempurna. Jangan risau ibu ayah! Berikan kepercayaan kepada anak anda !
Disiplin Untuk Mendidik, Bukan menghukum
Apabila ibu bapa memberikan peraturan tertentu dalam sesuatu perkara kepada anak, ia bukanlah satu hukuman tetapi satu didikan supaya anak tahu batasan mereka dalam membuat sesuatu. Ini akan mengajar anak-anak supaya lebih mengambil perhatian, mengikut arahan, dan mudah dikawal, dari sudut perlakuan , sikap dan emosi.
Tentukan Cara Didikan Anda
Ibu bapa tidak perlu melaksanakan terlalu banyak undang-undang terhadap anak dalam satu masa. Kadangkala ibu bapa terlalu mahukan kesempurnaan dalam semua perkara. Contohnya dalam menentukan fesyen pakaian untuk anak. Perlukah anak kecil pakaian mengikut trend atau memakai pakaian mengikut watak kartun kegemaran mereka. Atau bilakah waktu terbaik untuk anak mula bercakap dengan fasih.
Fokus kepada perkara yang benar-benar penting. Cuba fahami bahawa setiap anak perkembangannya berbeza. Relax dan bagitahu dengan tenang kepada anak apa yang anda harapkan daripada mereka. Contohnya jangan bergaduh, mengajar anak bercakap dengan bahasa yang baik, menghormati orang tua dan tidak berbohong adalah perkara asas yang sangat penting.
Di Jepun, budaya yang di
ajarkan kepada anak kecil adalah berkaitan hemat diri. Menyusun kasut, membuang
sampah di tempat yang betul, mencuci pinggan selepas makan, dan menghormati
orang tua.
Kredit gambar village.blogs
Membaca Buku Bersama Anak
Bermula daripada saat kelahiran, bayi sangat suka mendengar suara ibu dan ayahnya. Ia ibarat satu terapi yang memberi ketenangan kepada bayi. Peluklah anak dan bacakan buku untuk mereka, ia akan menjadi satu aktiviti yang sangat mengeratkan hubungan ibu bapa dan anak.
Cipta Masa Istimewa Bersama
Tak salah untuk ibu bapa memperuntukkan masa melakukan aktiviti, mengajak anak keluar bersama selama 10-15minit untuk meluangkan masa semata-mata bersama anak. Ini adalah salah satu cara untuk ibu bapa memupuk perasaan sayang terhadap anak-anak dan membina hubungan lebih mesra sehingga mereka dewasa.
Ambil masa seketika, untuk tidak perlu terlalu mengikut peraturan, dan biarkan anak-anak yang menentukan permainan atau aktiviti yang mereka mahu lakukan. Bergembira dan berikan satu nama yang menarik untuk aktiviti tersebut. Anak-anak pasti sangat menghargai masa yang mereka luangkan bersama orang yang tersayang.
Galakkan Daddy Time (Masa
Bersama Ayah)
Masa anak bersama ayah adalah
saat yang sangat penting untuk memupuk kasih sayang antara anak dan ayah. Terdapat
kajian menunjukkan anak yang kerap dibacakan buku oleh ayahnya lebih bijak
berbanding anak yang tidak meluangkan masa bersama ayah. Anak yang mempunyai hubungan atau bonding yang
kuat bersama ayahnya mempunyai prestasi yang lebih baik di sekolah, lebih
pandai menyelesaikan sesuatu masalah dan lebih berkemampuan menyesuaikan diri
dengan pelbagai keadaan dalam hidup.
Ayah yang selalu bermain
dengan anak juga kurang menghadapi stress dan lebih gembira, serta keluarga
lebih bahagia, di samping meransang perkembangan fizikal anak dan juga
perkembangan mental anak-anak. Jadi para ayah, mulalah bermain dengan anak hari
ini ya!
Peranan ayah sangat penting dalam perkembangan mental anak-anak, kerana ayah mempunyai cara yang unik dalam berinteraksi dengan anak-anak. Anak lelaki yang mempunyai hubungan yang baik dengan ayah pada waktu kecil juga lebih bijak untuk menguruskan stress.
Kredit gambar : sunrisepreschool.com
Cipta Memori Indah
Ciptakan memori indah tersendiri bersama anak anda. Contohnya waktu makan bersama keluarga, ibu atau ayah yang membacakan buku untuk anak setiap malam sebelum tidur, membaca Al-quran bersama, belajar membaca setiap malam dan sebagainya. Anak-anak tidak mampu untuk mengingati semua aktiviti bersama dengan ibu bapa, tetapi mereka mudah untuk mengingati amalan yang sering dilakukan di rumah setiap hari. Ini adalah amalan yang akan kekal di dalam memori anak-anak sehingga mereka dewasa.
Love,
Mamabelle :)
-Nabilah Sulaiman-
- tips anak bijak
- cara didik anak
- aktiviti bersama anak



Comments
Post a Comment