Cara Kecilkan Pori Secara Semulajadi

Cara Kecilkan Liang Pori Dengan 3 Bahan Ini Di Rumah


Pernah rasa terganggu dengan melihat muka sendiri sebab ada banyak bintik bintik hitam terutama di bahagian hidung? Bintik hitam atau blackhead ini buatkan liang pori di muka nampak lebih besar dan jelas, malu tau bila orang asyik perhatikan muka dalam jarak yang dekat !


Jangan risau, sebenarnya ada banyak cara untuk atasi masalah bintik hitam di muka iaitu blackhead ini. Teruskan membaca ya .
Ini petua untuk kecilkan liang pori, hilangkan blackhead dan whitehead,
paling seronok bahan ni semua ada di dapur rumah anda  :)


Tak susah pun nak dapatkan kulit yang cantic dan sihat sebenarnya. Dengan sedikit usaha, kita boleh lakukan rutin yang sihat dan mudah dengan bahan yang tidak mahal malah berbaloi. Paling penting, gunakan bahan berasaskan semulajadi dan tidak terperangkap dengan penggunaan bahan kimia berbahaya. Jom kita tengok cara nak kecilkan liang pori dengan mudah.

.
1) Madu

Madu mempunyai sifat anti oksida dan anti bakteria yang sangat baik. Selain melembabkan kulit dengan sangat berkesan, ia juga membersih dan mengecilkan liang pori wajah.
Ambil madu dan sapu ke seluruh wajah anda.
Biarkan selama 5-10minit. kemudian bilaskan wajah dengan air dan keringkan dengan tuala bersih.






Buat aktiviti ini setiap hari selama 1 minggu. InsyaAllah blackhead makin berkurang dan liang pori makin kecil.
2) Putih Telur
.
Putih telur memang petua zaman berzaman yang terbukti berkesan untuk menegangkan wajah dan menghilangkan blackhead dan whitehead.

Adakah anda tahu yang punca blackhead berlaku ialah minyak berlebihan yang TERSUMBAT dalam liang pori.

Putih telur ni boleh mengecutkan liang yang terbuka dan mengurangkan minyak berlebihan di muka secara semulajadi.

Jadi putih telur ni boleh cuci sekali kotoran dari dalam pori.Caranya; sapu putih telur ke seluruh wajah menggunakan jari atau berus lembut. Ratakan putih telur ke seluruh wajah dengan lapisan pertama.  Biarkan selama 10-15 minit dan tunggu sehingga anda rasa kulit makin menegang. Apabila mask putih telur sudah kering, basuh dengan air suam atau lap dengan tuala suam. Kemudian, keringkan muka dengan tuala yang 
bersih.




3) Cuka Epal (Apple Cider)
.
Cuka epal berfungsi untuk menegangkan kulit, mengecilkan liang pori dan kembalikan kestabilan PH pada kulit kita.
Sebenarnya, blackhead berpunca daripada liang pori tersumbat dengan kotoran, dan menyebabkan pori menjadi besar. Contoh kotoran yang selalu terperangkap dalam liang pori wajah tanpa kita sedari ialah minyak, bedak atau kesan bahan kosmetik yang tidak dicuci dengan betul, sel-sel kulit mati dan kotoran dari persekitaran.




Jadi, kita mesti cuci muka hingga ke dalam pori, supaya kotoran dapat keluar dan liang pori mengecil semula.

Cara mencuci wajah menggunakan cuka epal; buat toner cuka epal anda sendiri di rumah !

Cara membuat DIY Toner Cuka Epal

Bahan-bahan :

- Satu cawan Air Kosong
- Satu sudu besar Cuka Epal

Campurkna kedua bahan ini dan kacau sebati.

Boleh masukkan ke dalam botol penyembur kecil supaya mudah diletakkan dalam beg (travel kit)

Kebaikan Toner Cuka Epal :

Merawat dan mencegah jerawat
Mengawal pH kulit
Mengecilkan liang pori
Membuang sel-sel kulit mati
Mengurangkan dan menghilangkan whitehead dan blackhead
Mengawal pengeluaran minyak berlebihan di kulit





Ada satu lagi cara mudah dan semulajadi untuk cuci liang pori hingga ke dalam pori dan kecilkan liang pori iaitu dengan menggunakan Face Oil Mary Jardin.

Face oil ini mengandungi 9 jenis minyak semulajadi yang sangat bagus untuk kulit, antaranya Rosehip Oil yang memelihara kulit agar nampak awet muda dan berseri, Argan Oil dan Jojoba Oil sangan baik untuk membersihkan liang pori dan kulit.



Nak cuba face oil Mary Jardin ?
Harga RM 60 sahaja 


Whatsapp +6013 5108487 atau klik link ini

:

http://www.wasap.my/60135108487/SayaNakOrderFaceOILRM60Blog
:
http://www.wasap.my/60135108487/SayaNakOrderFaceOILRM60Blog
:
http://www.wasap.my/60135108487/SayaNakOrderFaceOILRM60Blog
Selamat mencuba dan semoga mendapat kulit wajah yang cantik dan sihat secara semulajadi.

Love,

Mamabelle Nabilah Sulaiman

Carian yang berkaitan :

  • ·         cara hilangkan blackhead
  • ·         cara mudah hilangkan blackhead
  • ·         hilangkan blackhead dengan mudah
  • ·         hilangkan blackhead di dagu
  • ·         cara kecilkan pori




Comments

Popular posts from this blog

Strategi Untuk Langsaikan Hutang

Cara Tambah Followers Di Instagram Menggunakan Instagram Stories